Sunday

CADANGAN MENU SEMASA BERDIET SD2


Kurus tanpa perlu berlapar dengan Alpha Lipid SD 2!

Ya MEMANG BETUL, anda boleh makan semua makanan diatas. Tak ada tapi-tapi lagi.. MEMANG BOLEH!

Untuk anda yang mengamalkan SD2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat & gula) supaya tidak cepat jemu. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan. Dalam program diet ini, perlu diingat bahawa anda adalah wajib ambil sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Jika lapar, sila makan makanan seperti yang tersenarai dibawah, jangan berlapar.

A) Sarapan / breakfast

      Pilihan
  • Telur rebus 1 biji / scramble/goreng/setengah masak ( 3 gms carbs )
  • Daging ayam slice 2-3 keping ( 0 gm carbs )
  • Keju 2 keping ( 2  gms carbs )
  • Sausage 2 keping ( 8 gms carbs )
  • Fish finger ( chunky dan kurang tepung ) 2-3 slice ( 4-6 grams carbs )
  • Salad dengan mozzarella cheese atau olive oil -1 cup ( 1-2 gms carbs )
  • Tauhu goreng – 2 slice ( 5 gms )
  • Broccoli rebus / celur ½ cup ( 2 gms carbs )
  • Daging cincang goreng telur -1 cup ( 3 gms )
  • Daging burger ayam / lembu goreng salut dengan cheese – 1 slice ( 4 gms carbs )
  • Ayam kukus berempah (1 gm carbs )
  • Air mineral / kosong / green tea ( 0 gm carbs)

B) Makan Tengahari (Lunch) dan Makan Malam (Dinner)
      Pilihan
  • Ayam goreng 2 ketul ( 2 gms carbs)
  • Ikan / kukus / panggang / steam / berlada  1-2 slice ( 1 - 2 gms carbs)
  • Sup ayam / lembu / ikan ( 2 gms carbs )
  • Sayuran hijau goreng / rebus / celur 1 mangkuk ( 2 gms carbs )
  • Telur goreng 1-2 biji ( 3 gms carbs )
  • Kari ikan / ayam / daging / telur 1-2 slice ( 4 gms carbs )
  • Gulai kuning ikan / ayam / daging / telur / cendawan 1-2 slice ( 4 gms carbs )
  • Masak kurma / daging / ayam  1-2 slice ( 4 gms carbs  )
  • Ayam / daging / kukus / berempah / tumis / halia / kunyit  1- 2 slice ( 1- 2 gms carbs)
  • Tauhu 2 slice ( 5 gms carbs )
  • Udang / tumis / goreng / berempah ( 4 gms carbs )
  • Broccoli / goreng / celur / rebus ½ cup ( 2 gms carbs)
  • Terung goreng berempah / goreng belacan ½ cup ( 2-3 gms carbs )
  • Sayur campur / goreng / sup 1 cawan ( 3 gms carbs )
  • Lamb / chop / steak / grill kuah rendah karbohidrat -1 serving ( 2 gms carbs )
  • Chicken / chop / grill kuah rendah karbohidrat- 1 serving ( 2 gms carbs )
  • Beef steak / grill kuah rendah karbohidrat – 1 serving ( 2 gms carbs )
  • Sate ayam / daging kurangkan kuah tanpa nasi himpit –15 cucuk ( 3 gms carbs )
  • Tomyam / campur / daging / ayam / seafood / sayur – 1 cup ( 3 gms carbs )
  • Air mineral / kosong / green tea ( 0 gm carbs)
 Cadangan Menu



 Perkara penting semasa berdiet SD2
  1. Anda tidak boleh mengambil lebih 35gram net karbohidrat dalam sehari untuk badan masih membakar lemak.
  2. Kalau makan diluar, ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi
  3. Kebanyakan sos cili / tomato ada kandungan gula yang tinggi, baca dulu label makanan dibelakang botol tersebut dan lihat kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
  4. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
  5. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.
  6. Jangan minum minuman berkafien iaitu teh/kopi kerana kafein boleh memberhentikan proses pembakaran lemak.
  7. Pastikan anda minum air putih sebanyak 2 liter sehari untuk memastikan badan anda memproses lemak dengan sempurna.  Ini juga untuk memastikan anda tidak kekeringan. perhatikan sekiranya Ketostick anda berwarna unggu, ini bermakna anda kekurangan Air putih. Sekiranya anda pening kepala ketika berdiet itu bermakna badan anda kekurangan air.  
  8. Skip breakfast dan tidak makan secara tetap akan menurunkan kadar metabolisma badan. Ini akan melambatkan proses penurunan berat badan dan meningkatkan risiko kegemukkan secara mendadak selepas berhenti berdiet. 
  9. Mengambil minuman manis akan melambatkan proses penurunan berat badan kerana gula mengandungi karbohidrat ringkas yang melambatkan pembakaran lemak.

No comments: